Thursday 6 September 2012

Senile senator and the un-doctored picture

NO 'DOCTORING' OF PICTURE, SAYS BERNAMA'S EDITOR-IN-CHIEF

KUALA LUMPUR, Sept 5 (Bernama) -- Suggestions by some quarters that Bernama had "doctored" a picture taken at the 2012 Aidilfitri open house of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in Putrajaya are utterly absurd, says its Editor-in-Chief, Datuk Yong Soo Heong.
   
"Time is of the essence for a professional and responsible news organisation like Bernama and we do not have the time to indulge in irrational endeavours," he said, adding that the photo unit of the national news agency had just been equipped with modern and state-of-the-art cameras and lenses this year.

Yong said the original of the picture in question, which showed a large and enthusiastic crowd at the prime minister's open house, can be viewed by anyone at Bernama's headquarters here.
   
He said mammoth crowds at the prime minister's Aidilfitri open house had been the norm since Tun Dr Mahathir Mohamad was the prime minister three decades ago, starting with the old Seri Perdana in Damansara and the current Seri Perdana in Putrajaya.
   
On Sept 1, an opposition senator had issued a statement claiming that the picture which had appeared in a number of newspapers had been "doctored" by an amateur graphic artist and that open house pictures should have depicted the young, old and the disabled in wheelchairs.
   
Yong said the photographer, Harry Salzman Abu Bakar, who had taken pictures of United Nations Secretary-General Ban Ki-Moon, British Prime Minister David Cameron and US Secretary of State Hilary Clinton in the past without any problems, had used his creativity to depict the large crowd of well-wishers, especially the young, who had come to the open house to meet the prime minister.

Other than that picture, which showed the enthusiastic crowd, Harry Salzman had also taken other pictures of the function, including some showing the prime minister waving to those present.

"One cannot deny that Datuk Seri Najib is a crowd-puller, not just at his own Aidilfitri open house but at other public events as well, because pictures and video footages from other news organisations can also testify to that," Yong said. – BERNAMA



The professional photographer who ‘shot’ the picture has also spoken …


PUTRAJAYA, 6 Sept (Bernama)  -- Jurufoto yang mengambil gambar suasana meriah rumah terbuka Aidilfitri 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri Okt lepas yang dipertikai oleh seorang senator dari parti pembangkang sebagai gambar yang diubahsuai baru-baru ini, hari ini menyuarakan rasa kesal dengan dakwaan itu.
   
"Itu (ubahsuai gambar) bukan budaya kerja saya, malah saya berani kata bukan budaya kerja mana-mana petugas Bernama. 

Dakwaan itu boleh dianggap sebagai satu tohmahan, satu penghinaan," kata Harry Salzman Abu Bakar, jurufoto Bernama yang dikerah bertugas pada hari berkenaan, semasa orang ramai masih berada dalam mood cuti meraikan sambutan Hari Raya.
   
Beliau senada dengan kenyataan Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong semalam, bahawa faktor masa adalah sesuatu yang terlalu berharga bagi petugas media, dan mereka tidak ada masa untuk membuat sesuatu yang tidak rasional.
   
"Saya ada banyak lagi kerja lain, banyak lagi tugasan yang perlu dibereskan, banyak lagi gambar yang perlu diambil di Putrajaya. Kami profesional yang merakam apa yang tertera sahaja, untuk menyampaikan dan berkongsi kemeriahan dengan semua, bukan untuk kepentingan mana-mana individu," katanya.
   
Beliau mengesahkan bahawa gambar yang disiarkan akhbar itu, sememangnya dirakam beliau sendiri tanpa ditokok tambah oleh beliau atau Bernama, kerana ia adalah soal integriti dan kredibiliti yang tidak boleh dikompromi.

Awal September lepas seorang senator pembangkang mengeluarkan kenyataan mendakwa gambar yang disiarkan di beberapa akhbar itu diubahsuai oleh artis grafik amatur dan gambar-gambar rumah terbuka itu sepatutnya menunjukkan
anak-anak muda, yang tua dan orang kurang upaya yang berkerusi roda.
   
Sementara itu, jurufoto NSTP, Ahmad Irham Mohd Noor, yang turut bertugas membuat liputan sambutan Aidilfitri itu yang mengambil gambar dari sudut yang sama turut menyuarakan rasa kesal dengan dakwaan senator itu.

Katanya ketika itu hanya beliau dan Harry Salzman mengekori Perdana Menteri yang baru tiba di majlis berkenaan, dan mereka berdua sahaja yang menempatkan diri di atas pentas bersama Najib bagi mendapatkan sudut yang terbaik.
   
"Sudut itu dipilih bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh di majlis itu, kerana ia (gambaran menyeluruh) hanya dapat dilakukan sekiranya ia dirakam dari tempat yang tinggi," katanya.
   
Beliau berkata adalah tidak wajar bagi sesiapa mempersoal integriti dan etika jurufoto kerana mereka menjalankan tugas secara jujur dan ikhlas, dengan hasrat menyampaikan apa yang sebenarnya tersurat, kerana "satu gambar sebenarnya menceritakan segalanya".

Sementara itu Pengurus Kanan Nikon Profesional Services Malaysia Mahfooz NR berkata dua jurugambar itu mengambil tindakan yang tepat apabila mengambil gambar dari sudut tinggi, bagi mendapatkan gambaran menyeluruh suasana.
   
"Bagi gambaran menyeluruh dalam satu suasana seperti banjir atau bencana alam, gambar yang terbaik diambil dari sudut tinggi dari subjek, seperti dari helikopter, bangunan tinggi atau pentas, untuk mendapatkan apa yang dinamakan 'bird eye view'," kata pakar fotografi itu.
   
Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk S.K. Devamany turut menghubungi Bernama hari ini bagi mengesahkan kesahihan gambar itu, di samping menganggap dakwaan senator berkenaan sebagai sesuatu yang 'tidak betul'.
   
"Saya ada semasa sambutan rumah terbuka Aidilfitri pada hari itu. Walaupun dia pembangkang, jangan pergi sehingga ke tahap ini, tak elok, tak betul. Kita berhadapan dengan parti lawan, bawalah sesuatu yang membina, jangan sampai meruntuhkan," katanya.
   
Katanya beliau berpendapat oleh kerana pilihan raya semakin hampir, pembangkang sanggup mempolitikkan apa sahaja untuk mewujudkan satu persepsi semata-mata bagi membawa sokongan kepada mereka.
   
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata tindakan senator itu jelas kelihatan cuba memperkecil semangat patriotic orang ramai yang berhimpun beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan pada hari berkenaan. -- BERNAMA



p/s Don't wonder IF the senile senator is from Pakatan. Such stupidity doesn't ooze out from anywhere else but  ... the circus.

The brain-less..oops hairless DAP senator with Pas' supreme leader Tok Guru Nik Aziz . 


Site Meter

No comments: